Koperasi Orang Kurang Upaya Kinta Berhad
Adalah sebuah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama dibidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.
Koperasi Orang Kurang Upaya Kinta Berhad ( UPAYA) telah didaftarkan pada 25hb. November 2009 dengan no pendaftaran A - 4 - 0697. Keahlian koperasi ini adalah seramai 52 orang anggota.
Objektif Penubuhan :
Penubuhan Koperasi Orang Kurang Upaya Kinta Berhad ( UPAYA ) ialah untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan kepada semua ahli-ahli anggota koperasi ini.
la juga bermatlamat untuk menyediakan kemudahan-kemudahan meyimpan bag menggalakkan ahli angota koperasi in menabung serta berjimat cermat. Untuk itu kadar dividen yang menarik akan ditawarkan bergantung kepada prestasi tahunan perniagaan-perniagaan dan aktiviti koperasi.
Bagi menggalakkan pulangan kepada ahli anggota, koperasi in perlu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti tanpa hanya bergantung kepada pelaburan ahli anggota sahaja.
Kedai Kraf Anyaman Koperasi
Koperasi OKU Kinta Berhad telah menyewa dua buah bangunan kedai untuk dijadikan kedai Kraf Anyaman dan ia sedang beroperasi sekarang di No: 190 Jalan Sultan Idris Shah, Bandaraya Ipoh dan di No 17
Jalan Ampang Baru 6A, Ampang.


































